KUALA LUMPUR : Pas mengakui masih wujud perasaan 'takut' sesetengah pihak terhadap Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, RUU 355 sebenarnya merujuk kepada suatu perundangan yang hanya menumpukan kepada orang Islam.
"Dalam Pas kita bercakap tentang hudud ini dalam konteks perundangan tetapi apabila kita deliver (sampaikan) kepada rakyat, kita tengok lunas perlembagaan iaitu mengukuhkan RUU 355 dan sebagainya.
"Namun, orang meletakkan 'ketakutan', sedangkan RUU 355 ini ada spesifik hukuman yang diletakkan orang Islam tetapi tetap dikaitkan dengan benda lain," katanya semasa menjadi panel program Dialog Tiga Penjuru bertajuk "Tidak Perlu Fobia dengan Islam" yang disiarkan di saluran pada Khamis.
Ujarnya lagi, pimpinan Pas sentiasa bertoleransi terhadap banyak perkara.
Dalam masa sama, katanya naratif bahawa Pas suka melabelkan mana-mana pihak sebagai 'lebih Islam' dan 'tidak Islam' juga perlu diperbetulkan.
"Kalau nak kata Pas melabel orang lain lebih Islam, dan ini tidak Islam, saya rasa itu adalah naratif yang perlu diperbetulkan sebab dalam Pas ada gerak kerja yang secara spesifik meraikan, apatah lagi dalam masyarakat majmuk dalam Malaysia," ujarnya.
Malah, katanya sikap toleransi Pas terhadap semua kaum dan agama memastikan parti itu kekal relevan sehingga ke hari ini.
Pada 19 Oktober lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, RUU 355 tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen.
Secara prinsipnya, jelas beliau, memorandum mengenai RUU itu dipersetujui di peringkat jemaah menteri pada 26 Ogos lalu.
Rahimah Abdullah
Thu Mar 02 2023
Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, RUU 355 sebenarnya merujuk kepada suatu perundangan yang hanya menumpukan kepada orang Islam. - Foto Astro AWANI
Kementerian Komunikasi tidak keluarkan peraturan bagi panggilan dan teks WhatsApp
Kementerian Komunikasi tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp.
Dia salah pintu... nak hantar memorandum cari tempat betul - Loke
"Kalau nak hantar memorandum bantahan tak sepatutnya pergi Kementerian Pengangkutan," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengenai bantahan di depan MOT di Putrajaya pagi tadi.
Katanya, MOT hanya mengawal selia MAHB dan tidak terbabit dengan hal pegangan saham. #AWANInews
Katanya, MOT hanya mengawal selia MAHB dan tidak terbabit dengan hal pegangan saham. #AWANInews
Penganggur dipenjara enam bulan, muat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas tiga pertuduhan memuat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya.
Tentera Israel serbu Hospital Al-Awda di Jabalia, paksa kakitangan perubatan tinggalkan premis
Kakitangan perubatan dipaksa meninggalkan premis ke arah barat Bandar Gaza selepas seorang daripada mereka ditangkap tentera Israel.
Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
MOT minta Prasarana bincang dengan PBT, selenggara pokok berisiko
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke minta Prasarana berbincang dengan PBT agar penyelenggaraan dibuat sepanjang masa di kawasan berisiko terutama pokok-pokok besar yang berdekatan dengan laluan tren.
[TERKINI] Resit hina Islam: Empat individu ditahan bantu siasatan
Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung hantaran tular sekeping resit makanan sebuah premis perniagaan di Pulau Pinang baru-baru ini yang berbaur provokasi dan mempersenda Islam.
CCTV dipercayai rakaman insiden Faisal Halim disimbah asid tular
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian simbah asid yang dilakukan suspek terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu, tular dalam media sosial.
Pesta Aloha: Pemilik Summer Bay Resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort dikompaun sebanyak RM25,000 susulan penganjuran Pesta Aloha yang menimbulkan kontroversi di Pulau Lang Tengah, Isnin lalu.
Penubuhan JPSM perkembangan positif - Mufti P.Pinang
Wan Salim berkata penubuhannya dilihat akan dapat menamatkan pertindihan kuasa antara Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah.
'Mereka yang tidak tahu ideologi ibarat penumpang dalam parti' - Mohamad Sabu
Beliau khuatir dengan situasi itu dan menegaskan Amanah secara jelas dan tegas meletakkan perjuangan mendukung Maqasid Syariah sebagai misi dan perjuangan parti.
Pas akui wujud 'ketakutan' terhadap RUU 355
Pas mengakui masih wujud 'ketakutan' sesetengah pihak terhadap Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355.
Apa sahaja usaha martabat rakyat dan Islam akan diteruskan - Menteri Agama
Kata Mohd Na'im, ini termasuklah perihal Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.
RUU355, RUU babit akta kawalan doktrin, agama akan dibentang kepada Kerajaan Negeri
Sepanjang 2020 dan 2021, jawatankuasa teknikal telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan kedua-dua RUU tersebut.
Apakah maksud Undi Tidak Percaya? Ini jawapan Pakar Perlembagaan
Undi tidak percaya adalah penyataan atau undi yang menyatakan bahawa seseorang tidak lagi sesuai untuk memegang jawatan.
Muktamar Pas ke-66: Medan ujian buat Pas selepas kembali menjadi parti kerajaan
Muktamar Tahunan Pas ke-66 melakar sejarah sejak parti Islam itu kembali berada dalam Kabinet kerajaan selepas 43 tahun.
RUU Mahkamah Syariah: "Yang kritik tu budak lagi" - Presiden Pas
Negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas seperti Terengganu dan Kelantan sudah laksanakan RUU itu melalui peruntukan Enakmen Syariah sedia ada.
Kaum India tidak perlu bimbang dengan RUU 355
Warga bukan Islam harus sedar dan yakin bahawa RUU355 hanya membabitkan warga Islam dan tidak berkait dengan pelaksanaan hudud di kalangan warga bukan Islam.
Akta RUU 355 mampu cegah LGBT
Nasrudin Hasan berkata hukuman juga perlu ditingkatkan supaya ia memberi pengajaran yang mampu menimbulkan penyesalan.